Persenyawaan (Sperma Bertemu Ovum)
Detik sperma dan ovum bersatu dan terbentuknya seorang manusia baru,masih lagi menjadi misteri yang sukar dirungkaikan.Ovum atau telur ialah sel paling besar dalam tubuh wanita.Bahagian berkenaan kelihatan seperti bulan penuh yang cantik bersinar dan tidak banyak bergerak seperti sperma.
Halangan Dalam Perjalanan
Biarpun berjuta-juta sperma dilepaskan,namun hanya satu yang berjaya bergelar juara.
Tiba Di Ovum
Sekitar hari ke-14 kitaran haid,salah satu ovari akan menghasilkan satu telur matang untuk disenyawakan.Telur itu akan melalui tiub Falopio dan hidup selama 24 jam di mana jika tidak disenyawakan,akan keluar sebagai darah haid.Apabila sperma tiba di ovum,ia masih ditutupi sarung sel nutrien.Ada sel yang telah menggunakan fungsinya dan telah dibuang sepanjang perjalanan melalui tiub Falopio,tetapi banyak yang masih mengekalkannya untuk membolehkan sperma menembusi ovum.
Penyatuan
Ketika berusaha menembusi ovum,setiap sperma memiliki 'topi' kecil yang dikenali sebagai acrosome.Di dalam topi ini ada protein yang dipanggil enzim yang membantu sperma memecahkan sel nutrien yang mengelilingi ovum.Sewaktu menggunakan topi,tiada sperma yang boleh tembus ke dalam ovum.Sperma yang hampir berjaya menanggalkan topinya.
Juara
Kepala sperma berjaya menembusi dinding dalam ovum.Menakjubkan apabila secara automatik ovum menutup dan mengunci semua pintu,menghalang sperma lain daripada masuk.
Juara Menggugurkan Ekornya
Sebaik sperma menembusi kulit ovum,ekornya yang bertenaga menjalankan fungsinya dan berpisah dari kepala.
20 Jam Pertama
Saat cantuman berlaku,kepala sperma dengan bahan genetik,menembusi sel plasma ovum dan bersedia mendekati bahan genetik wanita yang tersimpan dalam nukleus jauh di dalam ovum.
Pembahagian Sel
Beberapa jam selepas bercantum,ovum yang disenyawakan terbahagi untuk pertama kali.Ia kini memiliki dua sel,setiap satunya membawa gen daripada ibu dan ayah.Ia akan bergerak perlahan menuju ke rahim.
Empat Hari Persenyawaan
Ovum akhirnya tiba di destinasi iaitu rongga rahim pada hari keempat selepas persenyawaan .Ketika ini ovum menjadi bebola yang mempunyai kira-kira 100 sel.Bebola ini dikenali sebagai 'blastosis' dan mempunyai dua lapisan iaitu bahagian luar dikenali sebagai plasenta manakala bahagian dalamnya membentuk embrio yang membesar menjadi bayi.
Pendaratan Sempurna
Blastosis sudah mendarat.Kelihatan tenggelam ke dalam tapak asasnya.
Rumah Pertama
Blastosis mendarat di bahagian rahim ibu yang lembut dan tebal.Rahim akan mengembang dengan pesat sepanjang kehamilan.
Berita Gembira
Minggu pertama atau selepas persenyawaan,lazimnya bakal ibu tidak akan datang haid.Biasanya perasaan wanita dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku dalam badannya.Tanda awal biasanya,wanita akan merasa payudaranya berubah sakit,benjol dan lembut,mual dan sensitif pada bau-bauan.
Empat Minggu
Bentuk asas manusia mula terbentuk.Embrio bersaiz 6mm (kira-kira 1/4 inci) panjang,menunjukkan bentuk awal otak dan tulang belakangnya.Jantung mengepam darah ke hati dan aorta (urat besar yang membawa darah dari jantung).
Makhluk Kecil
Lima hari kemudian,embrio hampir berganda panjangnya dan membesar 1 milimeter setiap hari.
Plasenta
Plasenta atau uri bekerja pantas dalam endometrium dan saluran darah.Ia diumpamakan seperti terminal yang sibuk.Makanan berkhasiat diserap daripada darah ibu dan embrio menghapuskan sendiri bahan perkumuhan daripada sistem metaboliknya sendiri.
Potret Embrio
Embrio yang berusia lima setengah minggu selepas persenyawaan dengan saiz 14 mm (kira-kira 1/2 inci) panjang.Mata,hidung dan mulut mula kelihatan.Bentuk tangannya masih kelihatan seperti pendayung kecil.Tiga hari kemudian jarinya mula kelihatan.Pada minggu ketujuh,lubang hidung,bibir,lidah dan gigi dalam proses pembentukan.
Enam Minggu
Usia enam minggu sudah menampakkan bentuk manusia.Jantung mula berdenyut,darah dipam melalui tali pusat dan keseluruhan embrio dalam pergerakan yang tetap.Jantung embrio mempunyai 140-150 degup seminit iaitu dua kali lebih banyak daripada ibunya.
Hubungan Awal Dalam Otak
Otak merupakan satu ciptaan paling istemewa - sel yang boleh bertindak untuk menganalisis dan mengawal perlakuan seseorang.Seawal tujuh minggu,sel saraf dalam otak mula menyentuh satu sama lain yang bermaksud proses merancang sesuatu sedang berlaku dan ada yang bersambung di dalam laluan kecil saraf asal.
Lapan Minggu
Pada usia lapan minggu,embrio masih bersaiz 4 cm (1 1/2 inci) panjang,tetapi dalam badan yang kecil ini,semua organ berada di dalam tempat masing-masing.Embrio bergantung pada air ketuban.Cecair ini berfungsi melindungi organ embrio yang lembut daripada tekanan dan hentakan.
Dari Embrio Menjadi Fetus
Selepas memasuki usia lapan minggu,embrio mencecah titik penting pembentukannya.Semua organ sudah terbentuk.Bermula saat ini,embrio akan terus membesar,berkembang,menapis fungsinya dan menguji sistem badannya sendiri.Embrio kini melangkah ke peringkat baru menjadi fetus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan